PETALING JAYA: Beregu badminton campuran No. 1 Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terlepas gelaran China Masters selepas tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand pada perlawanan akhir di Shenzhen, China, hari ini.
Pasangan No. 3 dunia yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara dunia di Paris, bulan lalu, tunduk kepada beregu No. 4 dunia itu menerusi kekalahan straight set 8-21, 17-21 dalam masa 35 minit.
Kekalahan itu menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua beregu kini semakin berpihak kepada Dechapol-Supissara menjadi 1-4.
Muncul selaku naib juara China Masters, Tang Jie-Ee Wei mengulangi pencapaian rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang dicatat mereka pada edisi tahun lalu.
Sebagai naib juara, Tang Jie-Ee Wei membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$43,750 (RM184,056) beserta pingat perak. – UTUSAN