PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, menganggap ugutan yang sama diterimanya seperti bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, sebagai satu taktik yang amat malas dan tidak profesional walaupun menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Beliau berkata, satu-satunya perbezaan antara foto yang diterimanya dan foto yang diterima Rafizi itu hanyalah pada bahagian wajah. “Selain wajah kami, kedua-dua gambar itu adalah sama, daripada lipatan bantal dan selimut, bilik, katil sehingga individu…










