BEIJING: Iga Swiatek memulakan kempen Terbuka China dengan langkah bergaya apabila menyingkirkan pemain tuan rumah Yuan Yue 6-0, 6-3, sekali gus mara ke pusingan ketiga, hari ini
Pemain No.2 dunia itu akan menentang Camila Osorio dari Colombia yang kini menghuni ranking ke-83 dunia.
“Dia membaca gelanggang dengan baik, setiap game agak ketat,” kata Swiatek.
Juara enam kali Grand Slam itu pernah menjuarai kejohanan berstatus WTA 1000 pada 2023 tetapi tidak menyertainya tahun lalu kerana isu peribadi.
Dalam saingan lelaki pula, Jannik Sinner dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan kelayakan Perancis, Terence Atmane 6-4, 5-7, 6-0.
“Ia perlawanan yang sukar, saya rasa dia servis dengan sangat baik,” kata Sinner.
Sinner kehilangan fokus pada set kedua namun bangkit dengan lebih bertenaga di set penentuan untuk memastikan tiket ke suku akhir bertemu Fabian Marozsan dari Hungary.
Atmane cuba melawan dengan enam ace di set kedua tetapi mula longlai di set ketiga dan Sinner pantas menamatkan perlawanan. – AGENSI