DI Kampung Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan, berdiri sebuah rumah ibadah yang tidak besar saiznya namun besar makna yang tersirat dalam menggerakkan denyut dakwah masyarakat. Surau al-Ihsaan Kampung Gong Kulim ditubuhkan pada tahun 2019, lahir daripada tekad seorang imam bersama jemaah, awalnya dengan modal permulaan RM10,000 hasil titik peluh sendiri sebelum dibantu oleh para penderma. Mingguan Malaysia baru-baru ini sempat menemui penggeraknya, Imam Amran Daud untuk berkongsi kejayaan menjadikan surau…