Speedy Tigers belasah Taiwan 15-0

Speedy Tigers belasah Taiwan 15-0

SKUAD hoki kebangsaan mengakhiri kempen Kumpulan B Piala Asia 2025 dengan bergaya selepas membelasah Taiwan 15-0 di Bihar, India, hari ini. - Facebook Konfederasi Hoki Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki kebangsaan melengkapkan saingan peringkat kumpulan Piala Asia 2025 dengan penuh bergaya apabila membelasah Taiwan 15-0 di Stadium Hoki Bihar, India, hari ini.

Malaysia yang sudah pun layak ke peringkat Super 4 muncul juara Kumpulan B selepas mengumpul sembilan mata maksimum. Turut mengiringi Speedy Tigers adalah Korea Selatan yang berada di tangga kedua dengan enam mata.

Dalam aksi tersebut, penyerang negara, Akhimullah Anuar Esook dinobatkan pemain terbaik perlawanan selepas pemain berusia 29 tahun itu meledak lima gol.

Turut menjaringkan gol pada aksi tersebut adalah Mohd Ashran Hamsani yang menjaringkan empat gol, Norsyafiq Sumantri (tiga tol), Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Azrai Aizad Abu Kamal dan Andywalfian Jeffrynus masing-masing satu gol.

Malaysia dijadual bertemu sama ada India, China atau Jepun dalam aksi Super 4 pada Selasa ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN