Sinner benam Musetti, mara ke separuh akhir Terbuka AS

Sinner benam Musetti, mara ke separuh akhir Terbuka AS

Jannik Sinner ketika menentang pemain Itali, Lorenzo Musetti pada perlawanan suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Jannik Sinner meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan rakan senegara, Lorenzo Musetti 6-1, 6-4, 6-2 pada suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.

Perlawanan itu mencatat sejarah sebagai suku akhir Grand Slam pertama melibatkan dua pemain lelaki Itali.

“Kami perlu ketepikan persahabatan ketika perlawanan dan segalanya kembali baik selepas bersalaman.

“Ia persembahan mantap, saya bermula dengan baik dan menamatkan perlawanan dengan penuh keyakinan,” kata Sinner.

Pemain No.1 dunia itu akan menentang pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime di separuh akhir pada awal pagi Sabtu, lawan yang ditewaskannya mudah di Cincinnati bulan lalu.

Kemenangan ini menyaksikan Sinner menyamai rekod legenda Nicola Pietrangeli dengan 86 kemenangan Grand Slam, terbanyak oleh pemain lelaki Itali.

Juara bertahan itu kini memburu kejuaraan kedua berturut-turut di New York selepas kali terakhir Roger Federer melakukannya pada 2008.

Sinner yang sudah merangkul gelaran Terbuka Australia dan Wimbledon musim ini, kini memburu gelaran Grand Slam ketiga tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN