BATU PAHAT: Seorang wanita maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kilometer 36.5 Jalan Batu Pahat – Kluang, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Lalang di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian dilaporkan berlaku pukul 8.04 malam melibatkan sebuah kereta Produa Axia yang dinaiki empat orang serta sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Velfire seramai enam…