Ren Bao sasar lonjak prestasi di LTdL 2025

Ren Bao sasar lonjak prestasi di LTdL 2025

Pelumba pasukan Australia St. George Continenantal Cycling Team, Tsen Ren Bao yang ditemui pada sesi latihan menjelang perlumbaan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTDL) 2025 pada 28 September ini, di sini, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pelumba muda sensasi negara, Tsen Ren Bao, yakin mampu mempamerkan kayuhan lebih mantap pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 yang membuka tirai di Pulau Langkawi, esok.

Mewakili ST George Continental Cycling Team berpangkalan di Australia, pelumba berusia 22 tahun itu menegaskan pengalaman beraksi di luar negara musim ini menjadi senjata utama untuk menghadapi LTdL 2025.

“Saya kini berada pada tahap lebih baik berbanding tahun lalu. Sepanjang musim, saya sudah beraksi dalam 35 hari perlumbaan di seluruh dunia dan ia benar-benar membantu dari segi fizikal serta mental,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan,semalam.

Ren Bao, yang juga anak kepada legenda berbasikal negara, Tsen Seong Hoong, berkata penyertaan dalam tiga siri jelajah di China Tour of Huangshan, Tour of Binzhou dan Tour of Shanghai nyata memberi impak besar terhadap persiapannya.

“Persiapan kami cukup rapi terutama 20 hari terakhir ini. Walaupun LTdL berlangsung lapan hari dan panjang, saya yakin kami mampu beri saingan terbaik. 

“Tahun ini pula, barisan pelumba yang bertanding jauh lebih berkualiti,” ujarnya.

Ren Bao membuat penampilan sulung dalam LTdL 2024 bersama skuad kebangsaan sebelum menamatkan saingan di kedudukan ke-56 keseluruhan.

ST George Continental kembali ke LTdL selepas tidak beraksi tahun lalu dengan menampilkan enam pelumba, termasuk Ren Bao bersama Ben Carman, Mitchel Fitzsimons, Nate Hadden, Declan Trezise dan Daniel Whitehouse. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN