KOTA KINABALU: Salah seorang remaja yang didakwa membuli pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir pernah ditegur pihak sekolah agar tidak membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti. Ketua warden, Azhari Abd. Sagap memberitahu, teguran tersebut diberikan kepada pelajar yang dinamakan sebagai Pelajar A itu pada 4 Julai lalu. Tambahnya, bermula Mac lalu, iaitu kira-kira sebulan selepas sesi persekolahan baru bermula, ibu kepada pelajar A itu sering membuat aduan kepada mengenai anaknya…