Protes pro-Palestin jejaskan Vuelta a Espana

Protes pro-Palestin jejaskan Vuelta a Espana

Penunjuk perasaan pro-Palestin yang memegang bendera Palestin dan Basque berdemonstrasi di garisan penamat menyebabkan peringkat ke-11 Vuelta dipendekkan 3 kilometer (km) sebelum garisan, di Bilbao, Sepanyol, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BILBAO: Peringkat ke-11 perlumbaan berbasikal Vuelta a Espana terpaksa dipendekkan selepas sekumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin cuba menceroboh laluan penamat di Bilbao.

Kesatuan Berbasikal Antarabangsa menerusi kenyataan berkata, kejadian itu menyaksikan penganjur memutuskan masa perlumbaan diambil tiga kilometer sebelum garisan penamat demi keselamatan pelumba.

“Berbasikal seharusnya menjadi medium menyatukan manusia, bukannya alat untuk menghukum.

“UCI menegaskan kepentingan neutraliti politik badan sukan serta menzahirkan solidariti kepada semua pasukan agar dapat berlumba dalam keadaan selamat dan tenang,” kata UCI dalam kenyataan.

Insiden tersebut menyaksikan tiga individu ditahan, lima dikenal pasti, manakala empat anggota polis cedera ketika cuba menghalang kumpulan penunjuk perasaan.

Tekanan turut memuncak terhadap pasukan Israel-Premier Tech yang menjadi sasaran bantahan sejak peringkat awal perlumbaan.

Pengarah teknikal Vuelta, Kiko Garcia berkata kehadiran pasukan Israel menimbulkan risiko keselamatan kepada semua pelumba lain, namun enggan membuat keputusan menghalang penyertaan mereka.

Walaupun berdepan kecaman, Israel-Premier Tech menegaskan mereka akan terus berlumba dan menyifatkan tindakan protes itu berbahaya serta merugikan perjuangan Palestin sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN