PKBM siasat insiden kemalangan basikal

PKBM siasat insiden kemalangan basikal

Amarjit Singh Gill
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan melakukan siasatan kes seorang penunggang basikal maut dalam kemalangan ketika menyertai Langkawi Legendary Ride (LLR), kelmarin.

Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pihaknya mahu menyiasat dari aspek keselamatan kejohanan tersebut.

“Pertama sekali, bagi pihak PKBM, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga pelumba. Perkara seumpama ini sangatlah kami tidak mahu ia berlaku (melibatkan kematian).

“Kami tidak mahu mengulas lebih lanjut. Biarlah polis melakukan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Cuma di pihak PKBM kami mahu siasat aspek keselamatan,” katanya.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan mangsa, Low Beng Seng, 28, terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Muda, Kedah.

“PKBM akan menunggu untuk keputusan siasatan dan akan memberikan kerjasama dengan semua pihak untuk memastikan insiden seperti ini akan dapat dielakkan sama sekali pada masa akan datang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN