Perbadanan Kota Buku bantu pengisian perpustakaan sekolah

Perbadanan Kota Buku bantu tambah baik pengisian perpustakaan sekolah

ROMBONGAN pengetua, guru besar dan Ahli Jawatankuasa Perpustakaan Sekolah di Melaka yang hadir ke ibu pejabat Perbadanan Kota Buku di Cyberjaya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Membaca adalah tonggak pencarian ilmu tetapi ia bergantung apa jenis bahan bacaan tersebut dan usaha sedang dilakukan Perbadanan Kota Buku untuk membantu ke arah mencapai malamat tersebut.

Ini yang menjadi cabaran kepada golongan pendidik dan ibu bapa ketika ini. Apatah lagi dengan adanya Internet ketika ini yang mendedahkan pelajar kepada bahan bacan yang tidak sesuai

dengan tahap usia mereka.

Maka, sebarang usaha untuk menyemarakkan dan menggalakkan minat membaca dalam kalangan pelajar perlu diteruskan tetapi dengan strategi yang berkesan supaya matlamatnya tercapai.
Ini kerana bukan mudah memastikan pelajar mempunyai tabiat membaca yang berterusan dan bukan bermusim atau waktu menjelang peperiksaan sahaja.

 

Cabaran utama adalah bagai­mana memastikan bacaan baca­an yang patut berada di tangan pelajar sesuai dengan mereka atau ada mengena dengan umur dan tahap pendidikan.

Lebih penting adalah memastikan bacaan tersebut memenuhi keperluan selaku pelajar.

Berdasarkan matlamat mahu memastikan pelajar memperoleh buku berkualiti maka sekumpulan guru besar, pengetua dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Perpustakaan daripada 35 buah sekolah di Melaka baru-baru ini membuat kunjungan ke ibu pejabat Perbadanan Kota Buku (PKB) di Cyberjaya bagi mendapatkan pandangan bagaimana mengenal pasti buku yang sesuai untuk pelajar dan menambah baik pengisian perpustakaan di sekolah masing-masing dengan bahan bacaan berkualiti.

Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka merangkap Naib Yang Dipertua Persatuan Perpustakaan Negeri Melaka (PUSTAKAM) Nasaruddin Rahmat dan disambut Ketua Pegawai Eksekuitf PKB, Adibah Omar.

Bercakap kepada Utusan Pelajar Nasaruddin berkata, program tersebut juga bertujuan mendapatkan maklumat lebih jelas program VIP Buyers yang diperkenalkan PKB selain mengadakan kerjasama strategik dengan perbadanan berkenaan yang mempunyai pengalaman menguruskan buku pembelian buku. VIP Buyers khusus untuk guru-guru Kementerian Pendidikan sahaja iaitu satu kaedah bagi membeli buku untuk pusat sumber sekolah.

 

“Kebanyakan yang hadir adalah AJK persatuan Perpustakaan Negeri Melaka yang mahu membantu dalam kerja-kerja pemilihan buku buku berkualiti bagi perpustakaan dan membangunkan gerakan membaca. “Kredibiliti PKB diyakini berdasarkan sistem dan gerak kerja menyusun jenis bacaan yang sesuai untuk keperluan perpustakaan dan sumber bacaan di sekolah,” ujarnya.

Mengenai keperluan mengadakan program yang turut menyelitkan sesi bual siar (podcast) , Nasharuddin berkata, dengan adanya program seumpama itu ,penyebaran maklumat lebih mudah kerana siaran tersebut direkod dan disimpan dan boleh ditonton jika memerlukan.

Kebetulan kata beliau hampir semua sekolah di Melaka sudah menubuhkan Televisyen Pusat Sumber Sekolah (TVPSS) sendiri yang mendapat sambutan pelajar kerana mudah memperoleh maklumat daripada program berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN