Osaka benam Gauff, Sinner gah ke suku akhir

Osaka benam Gauff, Sinner gah ke suku akhir

Naomi Osaka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Naomi Osaka mencipta kejutan besar di Terbuka Amerika Syarikat apabila menyingkirkan pilihan ketiga, Coco Gauff dengan kemenangan mudah 6-3, 6-2 pada pusingan keempat, hari ini.

Bintang Jepun itu bermula garang dengan mematahkan servis Gauff seawal permainan pertama dan tampil bertenaga di depan penonton Stadium Arthur Ashe.

“Ini gelanggang kegemaran saya dan ia sangat bermakna untuk kembali bermain di sini.

“Ini satu pengalaman baharu dalam karier saya dan saya hanya mahu menikmati serta berseronok,” kata Osaka.

Osaka yang kembali selepas berehat panjang kerana kelahiran anak pada 2023, akan berdepan pilihan ke-11 dari Republik Czech, Karolina Muchova pada suku akhir.

Turut mara, pemain No.2 dunia Iga Swiatek yang menewaskan Ekaterina Alexandrova 6-3, 6-1 untuk mengintai gelaran kedua di Flushing Meadows.

Dalam saingan lelaki, juara bertahan Jannik Sinner hanya memerlukan 81 minit untuk menumbangkan Alexander Bublik 6-1, 6-1, 6-1.

“Ia kemenangan yang menggembirakan kerana saya berjaya mematahkan servis lawan lebih awal,” kata Sinner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN