Musetti mohon maaf insiden ejek penonton batuk di Beijing

Musetti mohon maaf insiden ejek penonton batuk di Beijing

Lorenzo Musetti. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pemain tenis Itali, Lorenzo Musetti semalam memohon maaf atas tindakannya mengejek penonton yang batuk ketika beraksi di Terbuka China.

Aksi tersebut berlaku sewaktu dia menewaskan pemain Perancis, Giovanni Mpetshi Perricard dalam pertarungan tiga set di Beijing, semalam.

Musetti, pilihan keempat kejohanan, dilihat meniru gaya orang berdehem sambil mengeluh dalam bahasa Itali ‘mereka batuk setiap tiga saat’.

“Kata-kata saya hanya ditujukan kepada beberapa individu dalam kalangan penonton yang batuk berulang kali dan mengganggu permainan.

“Ia sama sekali tidak ditujukan kepada rakyat China, dan berlaku ketika tekanan tinggi dalam tiebreak set kedua, namun itu tetap bukan alasan,” tulisnya di Instagram.

Media tempatan mendakwa Musetti turut mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman sehingga mencetuskan kemarahan penyokong.

Musetti mengakui caranya tidak wajar serta menyinggung perasaan ramai peminat tenis di China.

Pemain berusia 23 tahun itu akan menentang wakil Perancis, Adrian Mannarino dalam pusingan 16 terakhir Terbuka China malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN