PETALING JAYA: Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Mohamad Zainal Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak bagi menggantikan Datuk Mancha Ata yang akan bersara wajib pada 29 September ini. Mohamad Zainal, 47, turut dinaikkan pangkat sebagai Komisioner dan merupakan pegawai polis termuda dilantik jawatan tersebut. Mengesahkan perkara itu, Mohamad Zainal ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau bersyukur atas pelantikan tersebut dan menyifatkan ia merupakan peluang untuk…