TANJUNG MALIM: Kegembiraan seorang pelajar untuk mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kelmarin bertukar pilu apabila abangnya meninggal dunia secara mengejut ketika dalam perjalanan dari Seremban ke UPSI di sini. UPSI berkata, dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, Nik Mohamad Syahrul Azzim Nik Yusoff, seorang alumni UPSI bagi Program Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) pada 2017 dilaporkan tidak…