Lelaki meninggal dunia ketika mendaki di Sungai Long

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki di Sungai Long

NAAZRON ABDUL YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut ketika menjalankan aktiviti mendaki di Jalan Bukit Enggang, Sungai Long di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.01 pagi itu, satu panggilan kecemasan memaklumkan penemuan lelaki berusia 58 tahun di lokasi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, lelaki terbabit dilihat terbaring di kawasan berkenaan.

“Susulan laporan kecemasan itu, anggota Balai Polis Sungai Long bersama pasukan perubatan dari Hospital Kajang segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

“Mangsa dipercayai sedang mendaki secara berseorangan sebelum ditemukan terbaring lengkap berpakaian, dengan tongkat serta telefon bimbit miliknya berada di sisi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan saluran darah ke jantung tersumbat. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” jelasnya.

Nazroon berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Abang Faizul Abang Bujang di talian 012-9208851,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN