Marquez berdebar hadapi Catalunya 

Marquez berdebar hadapi Catalunya 

MARC MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Pelumba Ducati, Marc Marquez perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan rentak kemenangan MotoGP di hadapan penyokong sendiri pada Grand Prix (GP) Catalan.

Belum tewas dalam perlumbaan MotoGP sejak Silverstone Mei lalu, Marquez berkata, pusingan di Barcelona mungkin menjadi detik di mana rentak 14 kemenangannya bakal berakhir.

Litar Catalunya terbukti menjadi salah satu litar paling mencabar buat Marquez dengan hanya dua kemenangan daripada sebelas penampilan dalam kelas perdana itu.

“Seperti setiap tahun, di Montmelo ini, saya tahu saya perlu bekerja lebih keras berbanding litar lain untuk cuba mencapai tahap tertinggi, itulah sasaran sepanjang hujung minggu ini.

“Tetapi kami datang dalam keadaan yang baik. Memang benar, ini adalah salah satu litar paling sukar bagi saya dalam kalendar tetapi hakikatnya ia adalah GP di tanah air sentiasa memberi saya motivasi tambahan untuk cuba kutip mata maksimum,” kata Marquez.

Ditanya sama ada Catalunya bakal menyaksikan cabaran paling sukar buat Marquez untuk mengekalkan rentak kemenangannya, dia tidak menafikannya.

“Mungkin. Mungkin sudah tiba masanya untuk rentak kemenangan ini tamat. Kita tak tahu. Saya akan cuba berjuang untuk berada dalam kelompok teratas,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN