"Saya mahu nyawa balas nyawa" - Utusan Malaysia

“Saya mahu nyawa balas nyawa”

NUR Nadia Abdul Majid hadir ke mahkamah di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Isteri kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar mahu hukuman yang setimpal dikenakan ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kematian suaminya.

Nur Nadia Abdul Majid, 32, berkata, sebagai isteri dia hanya mahu pembelaan terhadap apa yang menimpa suaminya.

“Saya mahu nyawa dibalas nyawa,” katanya ringkas ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Klang, hari ini.

Terdahulu, ibu kepada tiga orang anak itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.18 pagi bagi mengikut prosiding pertuduhan di Mahkamah Majistret.

Pemandu mabuk dan khayal dadah yang mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat di sini, tiba di Mahkamah Klang bagi menghadapi pertuduhan, hari ini.

Lelaki berusia 20-an tiba kira-kira pukul 8.50 pagi dengan dikawal ketat anggota dan pegawai polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN