Marc akui Alex bijak intai peluang

Marc akui Alex bijak intai peluang

MARC MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Pendahulu kejuaraan MotoGP, Marc Marquez mengakui adiknya, Alex Marquez memanfaatkan kelemahannya yang menyebabkan rekod kemenangan 15 kali berturut-turut miliknya berakhir di Grand Prix (GP) Catalan.

Pelumba Ducati itu mengekalkan rentak kemenangannya dari GP Aragon hingga GP Hungary di mana Marc menamatkan tujuh minggu berturut-turut dengan 37 mata.

Namun, pada minggu kelapan dengan 37 mata tersebut dirampas Alex yang bangkit semula selepas terlibat dalam perlumbaan pecut untuk meraih kemenangan GP keduanya musim ini.

Sepanjang GP Catalan, Marc berkata, adiknya mampu menunggang jentera Gresini lebih laju berbanding dirinya dan itu memberikan kelebihan kepada Alex.

“Dia sangat kuat di bahagian yang lemah saya, iaitu selekoh-selekoh (kanan) tersebut, terutamanya selekoh 3, selekoh 13, 14 dan selekoh 9.

“Dia menunggang dengan cara yang sangat baik. Lancar. Motosikalnya tidak banyak bergerak. Saya berada di belakangnya dengan kelajuan yang sama tetapi bergelut melawan motosikal.

“Apabila ini berlaku, ia biasanya berkaitan dengan gaya tunggangan anda, bukan motosikal.

“Jadi, dia menunggang dengan lebih baik di bahagian-bahagian itu. Saya cuba mengimbangi di selekoh kiri tetapi hanya ada tiga selekoh kiri di mana saya mampu menutup sedikit jurang,” kata Marc. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN