ALOR SETAR: Seramai 15,718 orang rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur berkunjung ke Thailand, semalam sempena cuti sekolah dan cuti umum Hari Malaysia minggu ini. Data daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) itu juga menyaksikan seramai 3,011 rakyat negara ini memasuki semula tanah air pada semalam selepas mengembara ke negara gajah putih itu. Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kesesakan luar biasa berlaku…