Kristian Tung prospek emas Sukan SEA 2025

Kristian Tung prospek emas Sukan SEA 2025

PELARI jarak jauh negara, Kristian Tung mampu menyinar dalam acara 10,000 meter (m) di Sukan SEA 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Olahraga Malaysia (MA) yakin pelari jarak jauh negara, Kristian Tung mampu menyinar dalam acara 10,000 meter (m) di Sukan SEA 2025.

Presiden MA, Datuk Karim Ibrahim berkata, walaupun Kristian masih kurang daripada segi pengalaman, namun dia telah menunjukkan kesediaannya untuk beraksi di Sukan SEA 2025.

“Kristian Tung menduduki tempat ke-24 dalam acara 10 kilometer (km) bertaraf antarabangsa dunia. Seramai 18 atlet pertama mencatat masa bawah 30 minit.

“Kita harus mengambil kira bahawa Kristian Tung masih kurang pengalaman di peringkat ini. Namun, yang lebih penting daripada kedudukan adalah persediaannya sebelum perlumbaan dan bagaimana dia melakukannya. Ini merupakan satu pendedahan yang sangat baik untuk Sukan SEA,” katanya.

Kristian mempamerkan prestasi memberangsangkan musim ini apabila memecahkan rekod 10km jalan raya dengan catatan 30.07s di Big10 Rotterdam, Belanda, Sabtu lalu memadam pencapaian M. Sanjay yang melakukan 31.01s di Songkhla Marathon pada 24 Ogos lalu.

Itu menjadikan Kristian sebagai pelari terpantas di Asia Tenggara musim ini mengatasi pelari Indonesia, Pandu Sukarya yang melakukan 30:29s di Tokyo, Mei lalu.

Berdasarkan catatan tersebut, Kristian sudah pun mengatasi pencapaian pemenang pingat emas acara 10,000m di Sukan SEA 2023 yang dimenangi Rikki Marthin Simbolon dari Indonesia dengan larian 31:08.85s.

Terdahulu, Kristian turut memecahkan rekod acara 3,000 meter (m) dengan catatan 8 minit 15.81 saat (s) pada 20 Ogos lalu sekali gus meleburkan rekod lama 40 tahun milik S. Muthiah (8:27.00).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN