GOMBAK: Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan caj ke kawasan bandar bagi kenderaan kerana ia berpotensi membebankan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu hanya boleh dipertimbangkan apabila rangkaian pengangkutan awam negara benar-benar efisien khususnya di kawasan bandar utama. “Buat masa ini, kita tidak mencadangkan pelaksanaannya kerana ia mungkin membebankan rakyat. “Namun, apabila sistem pengangkutan awam lengkap dan menyeluruh, mana-mana kota besar wajar memiliki kemudahan seperti ini,” katanya…