PETALING JAYA: Beberapa daerah di tujuh negeri dijangka hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga pukul 5 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook berkata, cuaca itu dijangka membadai Perak membabitkan kawasan Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di samping Gua Musang di Kelantan,
Menurut METMalaysia, cuaca sama dijangka melanda Hulu Terengganu dan Marang di Terengganu selain Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Temerloh.
“Di Selangor pula, hujan lebat dijangka melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
“Amaran cuaca sama dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan Kapit, Belaga, Miri (Telang Usan) dan Limbang manakala Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” katanya.
Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca semasa menerusi saluran rasmi MetMalaysia. – UTUSAN










