Horner dipercayai terima pampasan RM454 juta

Horner dipercayai terima pampasan RM454 juta

CHRISTIAN HORNER - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Red Bull, Christian Horner dilaporkan menerima pampasan berjumlah 80 juta pound (RM454 juta) susulan pemecatannya pada Julai lalu.

Pakej pampasan yang mengejutkan itu telah dilaporkan secara meluas apabila Horner secara rasmi meninggalkan Red Bull selepas 20 tahun mengetuai pasukan itu.

Horner telah digugurkan daripada jawatannya pada 9 Julai lalu, namun dia meninggalkan syarikat tersebut secara rasmi kelmarin.

“Oracle Red Bull Racing mengumumkan hari ini (kelmarin) bahawa Prinsipal Pasukan dan CEO Red Bull, Christian Horner akan meninggalkan pasukan berkuat kuasa hari ini,” kata Red Bull.

Horner digantikan serta-merta oleh Laurent Mekies yang sebelum ini berada di pasukan satelit Red Bull, Racing Bulls selepas Grand Prix (GP) Britain.

Difahamkan bahawa pakej yang dipersetujui Horner selepas beberapa minggu rundingan membolehkannya kembali ke Formula Satu (F1)  seawal musim 2026.

Horner telah pun dikaitkan dengan pasukan Alpine di tengah-tengah spekulasi bahawa dia sedang merancang untuk melabur dalam sebuah pasukan F1.

Terdapat khabar angin mengatakan usaha tersebut bakal disokong oleh Penasihat Eksekutif Alpine, Flavio Briatore serta bekas bos F1, Bernie Ecclestone yang mana kedua-duanya merupakan rakan rapat Horner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN