BUKIT MERTAJAM: Usaha untuk menaik taraf Hospital Bukit Mertajam (HBM) yang berusia 135 tahun kini berada di peringkat penilaian reka bentuk oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, usaha tersebut melibatkan kajian terperinci dari segi reka bentuk, blok perkhidmatan serta jumlah perbelanjaan yang diperlukan sebelum keputusan dimuktamadkan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, hospital itu kini mempunyai kira-kira 242 katil, namun, perancangan baharu…