Hamilton dilabel anak manja

Hamilton dilabel anak manja

LEWIS HAMILTON- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU: Bekas pemandu Formula Satu (F1), Marc Surer melabelkan Lewis Hamilton sebagai anak manja yang hanya memenangi perlumbaan apabila memandu jentera terbaik.

Surer, yang gagal memenangi sebarang perlumbaan dalam 82 penyertaan dari tahun 1979 hingga 1986, membuat kenyataan pedas itu terhadap juara dunia tujuh kali, Hamilton dalam satu temu bual bersama majalah Austria, Vollgas.

Hamilton mengharungi musim sulung yang mencabar bersama Ferrari dan masih belum meraih sebarang penamat podium dalam 17 grand prix (GP) setakat ini.

“Lewis Hamilton hanyalah seorang anak manja yang sentiasa memandu kereta terbaik. Jika kereta itu sesuai dengannya, dia akan menang dengan mudah.

“Tetapi sebaik sahaja dia tidak mempunyai kereta yang terpantas, dia mula menghadapi masalah,” kata Surer.

Surer menjadikan Fernando Alonso sebagai contoh pemandu yang mampu memaksimumkan keupayaan kereta walaupun tidak kompetitif, sesuatu yang dirasakannya tidak dimiliki oleh Hamilton.

“Dia (Hamilton) tidak seperti Alonso yang boleh menerima kompromi dan tetap mendapatkan yang terbaik daripada setiap kereta.

“Saya tidak menjangkakan begitu. Saya sangka dia akan tetap menyerlah dalam perlumbaan berdasarkan pengalamannya tetapi itu tidak berlaku,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN