Hakim terlepas gelaran, Qabil ungguli ESBK Talent

Hakim terlepas gelaran, Qabil ungguli ESBK Talent

HAKIM Danish perlu memastikan dia menamatkan perlumbaan 2 di atas Veda Pratama jika mahu mengekalkan kedudukan selaku naib juara keseluruhan pada pusingan terakhir Piala RedBull MotoGP Rookies di Litar Misano, Itali, hari ini. - Ihsan SIC Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nasib berbeza mengiringi dua pelumba muda Malaysia selepas perjuangan Hakim Danish Ramli untuk bergelar juara keseluruhan tidak kesampaian, sementara, Qabil Irfan Azlan beraksi cemerlang memenangi perlumbaan di Eropah, malam tadi.

Hakim Danish yang beraksi pada pusingan terakhir Piala RedBull MotoGP Rookies di Litar Misano, Itali terpaksa berpuas hati melengkapkan perlumbaan 1 di tangga ke-10.

Pelumba berusia 18 tahun itu hampir terbabit dalam satu insiden kemalangan melibatkan dua pelumba, Yaroslav Karpushin dari Kyrgyzstan dan Veda Pratama dari Indonesia, tetapi, mujur dia berjaya mengawal jentera dengan baik untuk kekal dalam persaingan sehingga tamat.

Wakil Sepanyol, Brian Uriarte muncul pemenang perlumbaan tersebut dan sekali gus, dinobatkan selaku juara keseluruhan bagi musim 2025 tanpa perlu menunggu perlumbaan 2 selepas mengumpul 216 mata.

Hakim Danish kini berada di kedudukan kedua selepas menokok enam mata yang menjadikan kutipan keseluruhan 171 mata, manakala, Veda di tangga ketiga dengan 170 mata.

Sementara itu, untuk pusingan keenam Kejohanan Superbike Sepanyol di Litar Estoril, Portugal, Qabil Irfan mengungguli perlumbaan 1 untuk kategori ESBK Talent dengan catatan masa terpantas 25 minit 27.175 saat (s).

Qabil Irfan terus cemerlang apabila dia mengungguli perlumbaan 1 untuk kategori ESBK Talent pada Kejohanan Superbike Sepanyol di Litar Estoril, Portugal, kelmarin. – Ihsan SIC Racing

Tempat kedua serta ketiga pula menjadi milik dua pelumba Sepanyol, Enzo Zaragoza yang mencatat masa 25:41.351s dan Andres Garcia melakar masa 25:41.546s.

Kejayaan tersebut menyaksikan Qabil Irfan yang mewakili pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly semakin mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas dengan 227 mata.

Pencabar terdekat Qabil, pelumba Switzerland, Alessio Arnold yang menamatkan saingan di tangga kelima, menokok 11 mata menjadikan kutipan keseluruhan 181 mata, manakala, Zaragoza di tempat ketiga dengan 161 mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN