Haaland terima tiga jahitan di mulut angkara bas

Haaland terima tiga jahitan di mulut angkara bas

Penyerang Norway Erling Haaland memberi reaksi semasa perlawanan bola sepak Persahabatan Antarabangsa antara Norway dan Finland, di Oslo Khamis lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Penyerang Manchester City, Erling Haaland menerima tiga jahitan selepas mengalami kecederaan mulut berdarah ketika bersama Norway.

Kecederaan dialami Haaland disebabkan terkena pintu bas pasukan Norway dalam satu insiden pelik.

Pemain berusia 25 tahun itu, bersama skuad Norway menjelang aksi kelayakan Piala Dunia di laman sendiri menentang Moldova.

Menurut laporan The Sun, insiden berlaku ketika Haaland tiba di hotel pasukan di Oslo, dia berdiri di bahagian pintu yang menempatkan bagasi dan terkena pintu itu ketika ia terbuka lalu menyebabkan bibirnya berdarah.

Pemain bintang itu memuat naik swafoto di Snapchat menunjukkan kecederaan yang dialaminya.

Haaland menulis: “Baru sahaja terkena pintu bas. 3 jahitan.”

Seorang peminat kemudian bergurau dengan mengatakan Haaland dipukul, lalu dia membalas: “Hahahaha jawapan salah sahaja.”

Seorang lagi penyokong berseloroh kononnya bintang Arsenal, Martin Odegaard yang menumbuknya dan Haaland membalas dengan menulis “Betul.”

Haaland menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti ketika Norway menewaskan Finland 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa minggu lalu.

Norway kini memenangi semua empat perlawanan kelayakan mereka setakat ini dan mendahului Kumpulan I.

Haaland kini memiliki rekod menakjubkan dengan 42 gol dalam 43 penampilan bersama Norway sekali gus memegang status penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN