De Minaur suntik ‘tenaga berbeza’

De Minaur suntik ‘tenaga berbeza’

Alex De Minaur dari Pasukan Dunia (kanan) Bersama Alex Michelsen membalas pukulan ketika menentang Casper Ruud dan Holger Rune dari Pasukan Eropah pada aksi Piala Laver 2025 di Chase Center, San Francisco, California semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Alex De Minaur menegaskan kejayaannya menewaskan Alexander Zverev di Laver Cup hadir hasil “tenaga berbeza” apabila beraksi dalam kejohanan berpasukan.

Pemain No. 8 dunia itu yang masuk sebagai pengganti Frances Tiafoe menundukkan Zverev 6-1, 6-4 sekali gus menyamakan kedudukan sebelum Francisco Cerundolo menambah mata untuk Pasukan Dunia.

“Saya tahu ia hanya akan jadi lebih sukar. Saya rasa ia membawa satu jenis tenaga berbeza. Saya seronok apabila ada bangku simpanan, ada rakan sepasukan yang saya berjuang untuk mereka,” jelas pemain Australia itu.

De Minaur yang terkenal dengan kepantasan dan kawalan di jaring mengakui perlu mengubah taktikalnya kerana keadaan gelanggang yang lebih perlahan.

“Gelanggang dan keadaan di sini sangat perlahan dan bola melantun rendah, jadi menentang pemain seperti (Zverev), saya tidak boleh pukul menembusi dia.

“Jadi saya perlu bawa kepelbagaian, gunakan kemahiran teras, bukan sahaja guna kaki untuk kejar bola tetapi juga cuba rampas masa daripada lawan,” katanya.

Cerundolo kemudian memastikan Pasukan Dunia mendahului 5-3 selepas menewaskan Holger Rune 6-3, 7-6, sekali gus memberi tekanan awal kepada Pasukan Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN