Charlie ikut jejak Woods

Charlie ikut jejak Woods

CHARLIE WOODS - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Charlie Woods, anak lelaki kepada legenda golf Tiger Woods, mencipta detik istimewa apabila melakukan pukulan selubang pada Kejohanan Pemain Remaja di TPC Sawgrass, semalam

Pemain berusia 16 tahun itu melepaskan pukulan sempurna di lubang ketiga par 3 sejauh 177 ela pada pusingan akhir di Stadium Course.

Ia menambahkan nilai tersendiri kerana venue sama pernah menyaksikan bapanya, Tiger, muncul juara Kejohanan Pemain pada 2001 dan 2013.

Charlie pada mulanya tidak pasti bola masuk ke lubang sehinggalah sorakan penonton di tepi green mengesahkannya.

“Oh Tuhan. Saya dapatkan ia. Sangat menakjubkan,” kata Charlie.

Menariknya, ini bukan pukulan selubang pertama kerana Charlie turut melakukannya pada PNC Championship tahun lalu ketika bergandingan dengan bapanya di Orlando.

Dalam aksi semalam, Charlie menamatkan saingan dengan catatan par 72 sekali gus mengumpul tujuh atas par keseluruhan.

Dia menutup kejohanan di kedudukan ke-31 bersama, 16 pukulan di belakang juara Miles Russell. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN