Cadangan Kementerian Pendidikan bagi membolehkan pengajaran di Tingkatan Enam diadakan di universiti wajar diberi sokongan.
Cadangan tersebut sesuai bagi membolehkan pelajar terdedah dengan awal dengan persekitaran dan budaya pendidikan di universiti . Selain itu prasarana di universiti juga lebih lengkap dan dikemas kini yang mampu membantu pembelajaran kondusif kepada pelajar.
Dari sudut yang lain tenaga pengajar yang ada di universiti juga berkelayakan selain dana yang ada mudah diperoleh dan cekap.
Apa yang penting pelajar boleh berinteraksi sesama mereka dan cepat mematangkan dalam suasana pembelajaran yang lebih mencabar.
Sebenarnya ada beberapa elemen lagi yang menyokong suasana pembelajaran seperti bahan penyelidikan yang boleh dijadikan sebab mengapa cadangan tersebut perlu dilaksanakan
Program Tingkatan Enam yang direka secara komprehensif untuk menyediakan murid sebelum menyambung pengajian tinggi di universiti. Cadangan tersebut menunjukkan Kementerian
Pendidikan komited menyediakan persekitaran pembelajaran yang merangsang dan menyokong kecemerlangan akademik serta pertumbuhan peribadi.
Program ini dilaksanakan secara rintis yang melibatkan dua buah universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Tempoh pengajian bagi program tersebut adalah selama 18 bulan dengan pengambilan pertama adalah bermula pada 10 Jun lalu.
Sebanyak 100 tempat disediakan bagi Program Tingkatan Enam Kampus UKM, manakala sebanyak 60 tempat disediakan bagi Program Tingkatan Enam Kampus USM. – UTUSAN
PROF. MADYA MOHD ALI HASAN ialah Presiden Persatuan Ibu bapa dan Guru Nasional (PIBGN)