Brighton bangkit atasi 10 pemain Chelsea 3-1

Brighton bangkit atasi 10 pemain Chelsea 3-1

Pemain pertahanan Brighton (29) Maxim De Cuyper menjaringkan gol kedua pasukan itu semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Brighton and Hove Albion di Stamford Bridge di London hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Danny Welbeck menjaringkan dua gol selepas masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Brighton bangkit menewaskan Chelsea 3-1 di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Chelsea terlebih dahulu memimpin pada minit ke-24 melalui tandukan Enzo Fernandez sebelum segala-galanya berubah selepas Trevoh Chalobah dilayangkan kad merah pada minit kelapan babak kedua kerana menafikan peluang jaringan.

Pasukan kendalian Fabian Hurzeler memanfaatkan kelebihan bilangan pemain apabila Welbeck menyambut hantaran silang Yankuba Minteh dengan tandukan deras pada minit ke-77 untuk menyamakan kedudukan.

Gol kedua Brighton hadir pada minit kedua masa tambahan apabila Maxim De Cuyper, pemain gantian lain, menolak bola masuk gawang Chelsea untuk meletakkan Seagulls di hadapan.

Welbeck kemudian menutup tirai perlawanan dengan gol ketiganya tujuh minit kemudian, meletakkan bola tepat di atas bumbung gol untuk kemenangan menakjubkan di tempat lawan.

Kemenangan itu melonjakkan Brighton ke separuh atas liga dengan lapan mata setakat ini, sementara Chelsea jatuh ke tangga ketujuh selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN