Berbaki 400 batu nautika untuk Sumud Flotilla sampai ke Gaza

Berbaki 400 batu nautika untuk Sumud Flotilla sampai ke Gaza

flotiila
Sebagian daripada hampir 50 buah kapal Global Sumud Flotilla yang kini berada sekitar 400 batu nautika dari Gaza.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang dalam perjalanan merentas laut Maditerranean bagi menghantar bantuan dan memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza kini hanya berbaki 400 kilometer untuk tiba ke wilayah Palestin itu.

Wartawan, pempengaruh dan juga aktivis sosial, Zainal Rashid Ahmad dalam hantaran terbaharunya di Tiktok berkata, jika berjalan lancar tanpa gangguan terutama serangan dari Israel mereka dijangka tiba di Gaza sama ada pada esok atau lusa.

Iaitu sama ada pada 30 September atau 1 Oktober, kurang seminggu untuk genap dua tahun Israel membantai Gaza yang hingga kini menyebabkan lebih 60,000 orang maut.

Katanya, misi itu kini kekal dengan hampir 50 kapal yang disertai oleh 400 sukarelawan dari 44 buah negara.

“Kurang  400 batu nautika — konvoi Gobal Sumud Flotilla akan tiba ke pantai Gaza. Kami kini di perairan antarabangsa setelah 10 jam meninggalkan Pantai Crete, Greece. Lautan Mediteranean sedikit berombak; dan harap kekal tenang.

“Kira-kira 3.5 hari lagi kami dijangka tiba di destinasi dengan hampir 50 kapal Sumud disertai 400 pelayar dari 44 negara. Di Zon Merah (100 batu Nautika mendekati Gaza) — kami sudah bersedia.

“Global Sumud Flotilla — ialah perjuangan kali ke 38 dalam tempoh 17 tahun; dalam usaha masyarakat awam menembusi kepungan Israel.  Sejak 2008 hingga Jun dan Julai 2025 — semangat aktivis Flotilla tidak pernah padam. Doakan kali ini — misi ke 38 ini — diizinkanNya sampai ke destinasi,” tulisnya dalam hantaran di Tiktok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN