Basikal rosak hancur impian Evenepoel

Basikal rosak hancur impian Evenepoel

REMCO EVENEPOEL - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIGALI: Hasrat Remco Evenepoel memburu gelaran berganda di Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Dunia UCI berkecai selepas berdepan krisis basikal dan kekejangan otot ketika Tadej Pogacar melakar kemenangan bergaya.

Pelumba Belgium itu, juara ujian masa lelaki minggu lalu, sebaliknya sekadar meraih perak selepas perlumbaannya huru-hara di Gunung Kigali ketika Pogacar melakukan serangan.

“Tadej buat serangan di situ dan saya memang sudah jangka, tetapi saya terus alami kekejangan dan tak boleh kayuh dengan betul.

“Ia bunyi pelik, tapi bila posisi basikal berubah mendadak, badan terus tak boleh ikut rentak dan saya hilang kuasa sepenuhnya,” kata Evenepoel.

Lebih malang, dia terpaksa menukar basikal beberapa kali sehingga kehilangan masa berharga sementara Pogacar semakin jauh di depan.

Walaupun kembali ke kelompok pengejar, Evenepoel hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan wajah kecewa dan kepala menunduk di garisan penamat.

“Banyak benda tak kena hari ini, tapi saya masih bersyukur dapat perak, saya datang untuk buru berganda, cuma rezeki tak menyebelahi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN