Alcaraz di landasan legenda

Alcaraz di landasan legenda

Carlos Alcaraz bergambar bersama trofi Terbuka Amerika Syarikat (AS). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Carlos Alcaraz melaungkan keyakinan berada di ‘laluan tepat’ untuk menyamai legasi Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Roger Federer selepas menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat kali kedua.

Kejayaan di Flushing Meadows itu membolehkan pemain Sepanyol berusia 22 tahun itu meraih gelaran Grand Slam keenam, sekali gus muncul pemain kedua termuda selepas Bjorn Borg yang mencapai rekod tersebut.

“Saya berada di laluan yang betul, saya selalu kata begitu.

“Apabila saya sudah mengutip lebih banyak Grand Slam berbanding legenda seperti Rafa, Djokovic atau Federer pada usia 22 tahun, itu bermakna saya melakukan perkara dengan betul,” kata Alcaraz.

Alcaraz bagaimanapun menegaskan pencapaian awal tidak membawa makna sekiranya gagal mengekalkannya, kerana beliau perlu terus memenangi gelaran seperti yang dilakukan tiga ikon tenis dunia itu.

Kemenangan di New York melengkapkan musim cemerlang Alcaraz selepas turut menjulang kejuaraan Terbuka Perancis pada Jun lalu dengan bangkit daripada ketinggalan dua set.

“Kami cuba menerima segala tekanan dengan cara terbaik dan menggunakannya sebagai tenaga untuk terus beraksi cemerlang.

“Kami berusaha untuk tidak terlalu memikirkan perkara itu dan sebaliknya kekal dengan jalan yang telah membawa kami hingga ke tahap ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN