PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, hari ini. Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda dipersembahkan taklimat berhubung pelbagai isu semasa. “Baginda turut dipersembahkan mengenai pelaksanaan Inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) serta persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada bulan hadapan,” titah baginda. – UTUSAN