AFC kena tunggu proses rayuan FAM

AFC kena tunggu proses rayuan FAM

Sebelum ini, Malaysia melakar kemenangan 2-0 ke atas Nepal sebelum membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 dan keputusan itu berisiko dibatalkan selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan hukuman berat ke atas skuad Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masih terlalu awal untuk Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat keputusan berhubung keputusan yang dilakar Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Asia 2027.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul mengesahkan pihaknya perlu menunggu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad mengenai kemenangan skuad kendalian Peter Cklamovski itu.

Sebelum ini, Malaysia melakar kemenangan 2-0 ke atas Nepal sebelum membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 dan keputusan itu berisiko dibatalkan selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan hukuman berat ke atas skuad Harimau Malaya.

FIFA telah menghukum tujuh pemain warisan negara iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel selepas terpalit isu pemalsuan dokumen.

Lebih malang, kesemua pemain itu beraksi pada dua saingan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu, manakala Hevel beraksi ketika berdepan Nepal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN