TANGKAK: Seramai 72 individu bekerja sendiri di Parlimen Ledang hari ini menerima manfaat perlindungan sosial apabila ditaja caruman oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, daripada jumlah itu, 50 penerima dilindungi di bawah skim LINDUNG Kendiri (Akta 789) yang melibatkan pekebun, penghantar barang, pereka grafik, pengasuh, penjual makanan dan mekanik. “Sebanyak 22 lagi penerima menikmati perlindungan di bawah LINDUNG Kasih (Akta 838), iaitu skim…