Yamaha uji prototaip V4 bulan depan

Yamaha uji prototaip V4 bulan depan

PASUKAN Yamaha bakal menggunakan jentera prototaip MotoGP V4 pada Grand Prix San Marino, September ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUNGARY: Yamaha mengesahkan selepas sekian lama jentera prototaip MotoGP V4 bakal membuat penampilan pada perlumbaan sulung dalam Grand Prix (GP) San Marino di Misano, 14 September ini.

Pengarah Pengurusan Yamaha Racing, Paolo Pavesio mendedahkan rancangan untuk pelumba ujian Augusto Fernandez menyertai perlumbaan menggunakan motosikal baharu itu sebagai penyertaan wildcard.

Walaupun penyertaan wild-card bagi jentera V4 sudah dijangka namun pemilihan Misano dibuat lebih awal dengan pusingan seterusnya di laman sendiri Yamaha di Motegi yang pada awalnya dijangka menjadi lokasi penampilan sulung jentera itu.

“Akhirnya, saya ada berita penting untuk dikongsi. Untuk Misano, kami menyasarkan untuk melihat Augusto Fernandez berlumba buat pertama kalinya dengan prototaip M1 baharu kami yang menggunakan enjin V4.

“Ini adalah tanda komitmen kami terhadap masa depan, sambil kami terus berusaha gigih untuk mendapatkan yang terbaik daripada setiap hujung minggu perlumbaan.

“Terima kasih kepada semua yang terus menyokong kami dan kami tidak sabar untuk bertemu anda (lain kali) di Barcelona,” kata Pavesio.

Terdahulu, Fabio Quartararo mengesahkan bahawa dia akan menunggang jentera V4 baharu itu buat pertama kali dalam ujian pasca perlumbaan di Misano.

Tiada catatan masa pusingan didedahkan setakat ini untuk motosikal tersebut dan Yamaha menyatakan ia hanya akan menggantikan jentera Inline semasa pada 2026 jika terbukti cukup pantas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN