Wolff bagi petunjuk masa depan Bottas bersama pasukan

Wolff bagi petunjuk masa depan Bottas bersama pasukan

TOTO WOLFF - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff memberi bayangan jelas bahawa Valtteri Bottas hampir pasti kembali secara tetap ke Formula Satu (F1).

Bottas kini berperanan sebagai pemandu simpanan Mercedes sepanjang musim 2025 selepas kehilangan tempatnya di Sauber pada akhir 2024 selepas tiga musim bersama pasukan dari Switzerland itu.

Pelumba dari Finland yang pernah memenangi 10 perlumbaan Grand Prix (GP) telah lama berhasrat untuk membuat kemunculan semula dalam F1 dan Wolff telah memberi bayangan bahawa impian itu mungkin akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

“Sudah tentu, Valtteri telah lama menjadi sebahagian daripada keluarga Mercedes.

“Dia seorang pemandu yang, kalau ada pemandu utama kami terkena keracunan makanan laut, anda boleh terus letakkan dia dalam kereta dan dia akan terus berada pada tahap kelajuan tertinggi.

“Itu sesuatu yang sangat meyakinkan, mengetahui bahawa pemandu ketiga dan simpanan anda sepantas itu. Dengan Valtteri, dia memang layak untuk mendapat tempat perlumbaan tetap. Mudah-mudahan pintu itu akan terbuka. Nantikan perkembangan seterusnya,” kata Wolff.

Bottas kini dikatakan antara calon utama untuk menyertai pasukan baharu, Cadillac F1 apabila mereka mula bertanding dalam grid pada musim 2026.

Cadillac diketahui sedang mencari sekurang-kurangnya seorang pemandu berpengalaman untuk barisan mereka dan Bottas dilihat sangat sesuai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN