Walaupun ditangguhkan, PPPPPM tetap tolak RUU PSB

Walaupun ditangguhkan, PPPPPM tetap tolak RUU PSB

JAMALE Paiman (duduk, tiga dari kanan) dan ahli-ahli PPPPM bergambar bersama kenyataan akhbar dan Perlembagaan Persekutuan berhubung isu RUU URA. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Walaupun pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 yang menjadi kontroversi ditunda ke sesi Sidang Dewan Rakyat akan datang, Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM) tetap ingin menzahirkan penolakan terhadap RUU tersebut yang disifatkan menindas pemilik rumah.

Menurut Presidennya, Datuk Jamale Paiman, pengurangan peratus undi setuju dari 100 peratus kepada 85 peratus bagi pembangunan semula bandar adalah sesuatu yang tidak munasabah.

“Manakala tempoh 30 tahun bangunan rumah kediaman dibolehkan untuk tujuan pembangunan semula bukan sahaja tidak munasabah malah satu bentuk penindasan kepada pemilik dan rakyat amnya.

“Sebaiknya persetujuan pemilik tunggal atau bersama untuk setuju kepada semua jenis pembaharuan perbandaran semestinya 100 peratus dan tidak kurang darinya,” katanya kepada pemberita di pejabat persatuan tersebut di sini semalam.

Jamale berkata, pihaknya menyatakan pendirian tersebut berdasarkan hak-hak yang termaktub daripada sudut undang-undang negara dan antarabangsa.

“Kita meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghormati dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 13-Hak Terhadap Harta, yang mana digariskan
tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

“Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN