KUALA LUMPUR: Tiga pesawat tanpa pemandu (UAS), MALE UAS ANKA buatan Turkish Aerospace Industries (TAI) dari Turkiye dijangka mula memasuki perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Februari tahun depan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penerimaan tersebut memberi nilai tambah terhadap kuasa udara terutama dalam aspek pemantauan dan risikan. Katanya, penerimaan MALE UAS ANKA juga dapat meningkatkan keberkesanan pemantauan secara masa nyata, penyaluran maklumat pantas serta tindak…










