Tiada larangan kahwin dengan sepupu

Tiada larangan kahwin dengan sepupu

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tiada larangan kahwin dengan sepupu

SOALAN
Saya ada seorang sepupu lelaki berhasrat menyunting sepupunya sebagai isteri. Saya nasihatkan dia jangan teruskan sebab kahwin saudara mara ada risikonya. Lagi pun setahu saya Islam tidak menggalakkan kahwin dalam kalangan saudara mara. Betulkah? Kenapa Islam tidak galakkan. Ada nas dan dalilnya?

Firdaus
Belum kahwin

JAWAPAN
Tidak ada salahnya berkahwin dengan sepupu kerana tidak ada larangan daripada syarak. Maka boleh sahaja berkahwin dengan sepupu.

 

Bayar zakat di negeri kita bekerja

SOALAN
Kalau saya bekerja di Selangor adakah wajib saya bayar zakat di Selangor juga?

Mirdad
Bangi

JAWAPAN
Sangat baik untuk bayar di Selangor kerana tuan telah menggunakan segala kemudahan yang ada di sana. Maka sewajarnya membayar di sana.

Boleh pelihara anjing jika darurat

SOALAN
Bolehkah saya memelihara anjing untuk tujuan menjaga rumah? Apa hukumnya ustaz?

Sofyan
Beruas

JAWAPAN
Hukum asal pemeliharaan anjing adalah terlarang melainkan terdapat darurat atau hujah yang memerlukan kepada keselamatan.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN