Ter Stegen hilang lilitan kapten

Ter Stegen hilang lilitan kapten

Marc-Andre Ter Stegen mengambil bahagian dalam sesi latihan pada malam perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara UEFA antara AS Monaco dan FC Barcelona di tempat latihan Joan Gamper di Sant Joan Despi, Barcelona, Sepanyol, September tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Marc-Andre Ter Stegen digugurkan sebagai kapten Barcelona susulan pertikaian berpanjangan berkaitan status kecederaannya.

Kelab Catalan itu memaklumkan keputusan itu diambil sementara siasatan tatatertib terhadap penjaga gol Jerman itu diselesaikan sepenuhnya.

“Sebagai akibat daripada prosiding disiplin terhadap pemain Marc-Andre Ter Stegen, kelab memutuskan untuk menarik balik sementara jawatan kapten.

“Ronald Araujo akan memikul tanggungjawab sebagai kapten pasukan utama sehingga keputusan muktamad dicapai,” kata Barcelona dalam kenyataan rasmi.

Ter Stegen didakwa enggan menandatangani borang kebenaran pelepasan data perubatan kepada La Liga untuk membolehkan kelab mengklasifikasikannya sebagai kecederaan jangka panjang.

Barcelona kini bergelut untuk mematuhi peraturan kewangan La Liga sekali gus berdepan kesukaran mendaftarkan pemain baharu musim ini.

Pemain berusia 33 tahun itu menjalani pembedahan belakang baru-baru ini tetapi tetap mempertahankan hak privasinya terhadap data perubatan.

Tempatnya kini terancam dengan kehadiran penjaga gol muda Joan Garcia dan veteran Poland, Wojciech Szczesny yang turut diberi lanjutan kontrak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN