Susur keluar Bangi ke Southville ditutup sementara 

Susur keluar Bangi ke Southville ditutup sementara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Susur keluar Persimpangan Bangi menuju ke Southville di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara selama empat hari bermula 25 Ogos ini bagi memberi laluan kepada kerja pemotongan pokok demi keselamatan pengguna.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan, penutupan secara berperingkat di Kilometer 296.5 menuju ke arah selatan itu akan dilaksanakan dari 25 hingga 28 Ogos bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi.

Katanya, ia perlu dilaksanakan bagi membolehkan kerja-kerja pemotongan pokok menggunakan jentera khas dapat dijalankan dengan selamat sepanjang laluan berkenaan.

“Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dari arah Plaza Tol Bangi yang ingin menuju ke Southville atau ke arah selatan dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif dengan menggunakan jalan negeri.

“Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan atau mendapatkan maklumat trafik dengan menggunakan aplikasi PLUS atau Pembantu Maya PUTRI. Mereka juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan jika berlaku kecemasan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, PLUS turut merakamkan penghargaan kepada pengguna lebuh raya atas perhatian dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh penutupan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN