Skuad ragbi B-20 negara sedia buru kejayaan di India

Skuad ragbi B-20 negara sedia buru kejayaan di India

Skuad Bunga Raya bawah 20 (B-20) negara bergambar sebelum berlepas ke Bihar, India bagi menyertai Kejohanan Ragbi Asia B-20 tujuh sebelah (7s) pada 9 dan 10 Ogos ini. Ihsan Ragbi Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan pemain lama dan baharu menjadi taruhan kepada skuad ragbi bawah 20 (B-20) negara bagi menghadapi Kejohanan Ragbi Asia bawah 20 (B-20) tujuh sebelah (7s) di Bihar, India, hujung minggu ini.

Malaysia diletakkan dalam B bersama Kazakhstan, China dan Uzbekistan manakala Kumpulan A dihuni tuan rumah, Hong Kong, Sri Lanka dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Persiapan pasukan dilakukan sejak Jun lalu malah kami turut menyertai dua kejohanan di Perlis dan Kelantan. Pasukan kali ini kami turut dibarisi enam pemain lama pada edisi lalu.

“Fizikal dan mental kami sudah bersedia malah kami sudah bersedia untuk menghadapi mana-mana lawan di peringkat kumpulan,” kata jurulatih skuad ragbi B-20 negara, Syed Shazril Syed Mahadzir.

Malaysia terlebih dahulu bertemu Kazakhstan kemudian China dan terakhir, Uzbekistan dengan ketiga-tiga perlawanan itu diadakan pada Sabtu ini.

Sekiranya Malaysia berjaya menamatkan saingan kumpulan di dua tempat teratas, pasukan akan mara ke separuh akhir Cup iaitu penentuan satu hingga empat terbaik yang diadakan pada Ahad ini.

Namun, jika berada di tempat ketiga atau keempat kumpulan, skuad negara akan bersaing dalam separuh akhir Plate iaitu penentuan lima hingga lapan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN