Skuad negara terus tuai pingat di India

Skuad negara terus tuai pingat di India

ATLET angkat berat remaja wanita negara, Nurul Syasya Khairina Samsur memenangi pingat perak di Kejohanan Angkat Berat Komanwel, India, hari ini. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontinjen negara terus mempamerkan prestasi cemerlang di Kejohanan Angkat Berat Komanwel apabila giliran atlet angkat berat remaja wanita kebangsaan, Nurul Syasya Khairina Samsur menyumbang pingat.

Beraksi di Kompleks Sukan Veer Savarkar, Ahmedabad, hari ini, Syasya memenangi pingat perak dalam kategori remaja 63 kilogram (kg) selepas emas dimenangi Femily-Crystie Notte dari Nauru manakala gangsa milik Yasmin Aziz dari Australia.

Sementara itu, Muhammad Amin Hakimi pula gagal mengikuti jejak langkah yang sama apabila sekadar berpuas hati di tempat keenam bagi kategori 71kg.

Dia melakukan angkatan keseluruhan 278kg tewas kepada pemenang pingat emas, Ajith Narayana dari India yang membuat angkatan 317kg manakala perak milik Joseph Edidiong Umaoafia dari Nigeria dengan 316kg. Gangsa milik Ezekiel Moses dari Nauru (290kg).

Esok hanya seorang sahaja atlet negara dijadual beraksi menerusi Muhammad Erry Hidayat dalam kategori 79kg. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN