Selangor FC raih tiga mata penuh di Stadium MBPJ

Selangor FC raih tiga mata penuh di Stadium MBPJ

PEMAIN Selangor, Faisal Halim melakukan percubaan ke gawang gol Brunei pada aksi Liga Super Malaysia 2025/2026 di Stadium Petaling Jaya di sini, hari ini. Gambar ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC mempamerkan aksi meyakinkan apabila membenam DPMM FC 3-0 dalam perlawanan kedua Liga Super 2025/26 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sumbangsih Jumaat lalu, skuad Gergasi Merah nyata tidak mahu kecewakan penyokong dengan menguasai hampir keseluruhan perlawanan.

Pemain pertahanan, Kevin Deeromram membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 hasil hantaran lintang kemas rakan sepasukan.

Deeromram sekali lagi menjadi mimpi ngeri pelawat apabila meledak gol kedua pada minit ke-35 menerusi gerakan tersusun, sekali gus meletakkan Selangor di kedudukan selesa 2-0 sebelum rehat.

Babak kedua menyaksikan Selangor terus menggempur kubu DPMM, namun ketangkasan penjaga gol, Kristijan Naumovski, menafikan beberapa percubaan berbahaya tuan rumah.

Namun, pada minit ke-66, penyerang import Chigor Flores Moraes memastikan tiga mata penuh milik Selangor apabila menanduk masuk hantaran lintang tepat, menjadikan kedudukan 3-0.

DPMM cuba bangkit di penghujung permainan, tetapi benteng Selangor kekal ampuh memastikan kemenangan bersih tanpa bolos buat anak buah Kinoshi Katsuhito.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN