Selangor FC berpeluang 'lolos' pusingan kalah mati ACL2

Selangor FC berpeluang ‘lolos’ pusingan kalah mati ACL2

KEPUTUSAN Undian ACL2 menyaksikan Selangor FC berada di Kumpulan G.-IHSAN AFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selangor FC memiliki peluang cerah untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas tidak tidak diundi menentang pasukan gergasi dari Jepun dan Korea Selatan pada kejohanan itu musim ini.

Sesi undian yang berlangsung di Kuala Lumpur itu, skuad Gergasi Merah diundi dalam Kumpulan G pada saingan zon Timur bersama kesemua pasukan dari rantau ASEAN.

Anak buah Katsuhito Kinoshi perlu menentang naib juara Liga Thai 1, Bangkok United selain dijadualkan bertemu juara Liga Singapura yang juga naib juara ACL 2 musim lalu Lion City Sailors FC.

Melengkapkan Kumpulan G adalah juara Liga 1, Persib Bandung sekali gus menyaksikan empat wakil kelab Asia Tenggara dikumpulkan dalam satu kumpulan pada edisi kali ini.

Untuk rekod, musim lalu skuad Merah Kuning terkandas di peringkat Kumpulan H ACL2 apabila gagal mengatasi dua pasukan teratas, Jeonbuk Hyundai dan Muangthong United.

Saingan peringkat kumpulan ACL2 akan bermula pada 16 September depan dengan dua kelab terbaik bakal lolos ke peringkat kalah mati.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN